Pada  27 Januari 2010 yang lalu, Apple Inc. mengumumkan produk terbarunya yang diberi nama iPad, iaitu sebuah komputer tablet yang dikuasai dengan OS yang dibangunkan daripada iPhone. Secara umum peranti ini merupakan pengembangan teknologi dari iPod Touch dan iPhone, meskipun fungsi telefon tidak dimasukkan pada peranti ini. Peranti ini telah menjadi salah satu gadget yang popular di seluruh dunia masa kini.

Seperti semua produk baru Apple,semua orang pasti ingin memilikinya walaupun mereka tidak cukup tahu apakah kegunaan peranti tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Itulah magiknya produk keluaran Apple di bawah kepimpinan Steven Jobs.   Magiknya kali ini benar-benar terjadi pada iPad. Sungguhpun iPad bukanlah komputer yang lengkap atau peranti yang penting. Jadi peranti apakah ini?

Namun iPad unggul dalam kelas tersendiri dengan membantu pengguna melalui gaya isi kandungan tersendiri. Contohnya dengan menggunakan iPad, antara cara baru yang diperkenalkan ialah melihat foto, melayari web, email, bermain game, menonton video dan membaca buku atau komik akan menjadi lebih menarik dan mudah. Dari segi ini lah iPad memberikan satu pengalaman yang sangat menarik dan keunikan yang tersendiri kepada pengguna gadget masa kini. Itulah yang membuatkan iPad mencipta fenomena tersendiri dalam dunia teknologi masa kini.

iPad mempunyai 185 000 aplikasi pilihan yang tersedia daripada iPhone, peranti ini mampu berkembang dengan lebih banyak lagi terutama aplikasi yang memerlukan skrin lebih besar daripada iPhone. Para pembangun aplikasi boleh mencipta aplikasi dari iPhone kepada iPad dengan detail yang lebih halus dan antara muka yang lebih mudah digunakan tanpa memerlukan pergerakan cursor, tanpa membalik tab dan memperlihatkan lebih banyak kawalan manusia kepada iPad.

 

Peranti iPad itu sendiri sebenarnya luar biasa, tetapi ketika dikombinasikan dengan App Store dan kreativiti dari ribuan pembangun yang benar-benar unggul dalam bidangnya pada peranti touch screen dan komputer kecil. iPad menjadi istimewa kerana merupakan komputer tablet pertama yang dilahirkan dalam ekosistem yang sangat mesra pengguna dan efisien dari segi touch screen.

Interaksi sentuh (touch screen) iPad sangat baik sekali kerana sudah tidak perlu lagi menggunakan peralatan lain seperti mouse, cursor pad, keyboard dan lain-lain antara pengguna dan komputer, menjadikannya sebagai peranti yang lebih user friendly. Ciri ini merupakan satu sejarah dalam dunia komputer kini, kerana dengan keistimewaan ini kemungkinan besar menjadikan iPad sebuah peranti yang sangat berjaya secara komersial di pasaran umum ICT dunia seperti pendahulunya yang lebih kecil, iPhone.

Kelebihan iPad:

1. Skrin 9,7 inci LED multitouch, Resolusi 1024×768 pixel dengan 132 pixel per inci,menyokong penulisan banyak bahasa dan karakter.
2. Bateri Apple iPad Daya tahan hingga 10 jam waktu aktif dan satu bulan waktu standby.
3. Connection Nirkabel Apple iPad akan tersedia dalam pelbagai pilihan connection. Dari sisi connection data nirkabel, iPad akan memiliki kemampuan WiFi 802.11n dan juga connection 3G (pada tempat tertentu).
4. Browser Safari untuk akses web.
5. Mail untuk membaca e-mail.
6. Photos untuk eskplorasi fail foto.
7. Video untuk memainkan fail format video.
8. YouTube untuk melihat video langsung ke YouTube tanpa melalui webnya.
9. iPod untuk memainkan muzik
10. iTunes untuk memainkan muzik dan video
11. App Store untuk menggunakan pelbagai aplikasi
12. iBooks untuk membaca dan download e-book dari iBooks Store
13. Maps untuk melihat peta resolusi tinggi dari satelit dan Street View Images.
14. Notes untuk membuat catatan bebas.
15. Calendar untuk membuat agenda.
16. Contacts untuk mencatat data telefon, email, dan web teman.
17. Home screen untuk susunan penampilan layar.
18. Spotlight search untuk melakukan pencarian cepat di semua bahagian hanya dengan menggunakan keyword.Namun begitu, Apple iPad tetap mempunyai kelemahan. Inilah yang menjadi alasan pengguna untuk tidak terburu-buru memiliki peranti dari Apple ini.

Kelemahan iPad:

1. Ukuran display yang tidak terlalu besar ( aspek ratio 4:3, lebih kecil dari standard 16:9 seperti di iPod)
2. Tidak multitasking
3. Tidak ada camera
4. Keyboard touch
5. Tidak ada port HDMI
6. Tidak sokong aplikasi Adobe Flash
7. Tidak ada port USB
8. Tidak support T-Mobile 3G (menggunakan microSIM yang jarang digunakan di device manapun)
9. Hanya dapat memainkan video 480p
10. Tidak Full GPS (hanya mempunyai A-GPS via Wi-Fi dan 3G)
11. Tidak ada slot SDcard
12. Tidak ada Open SDK (Software Development Kit)
13. Bateri tidak bole diganti

http://www.aktechpage.com/apa-itu-ipad-part-2